Monday, March 28, 2011

saYa tak maHu maTi lagi..

lihat wajah yang kian kusam.. pucat.. mata yang seakan hilang sinarnya.. redup.. sayu.. berfikir sejenak.. adakah hari esok untukku??? bagaimana hendak digambarkan dengan kata2.. pembalasan di atas setiap dosa-dosa yang dilakukan..


Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.


"awk.. saya.. tak nak mati lagi.. lau saya mati, dh confirm saya masuk neraka.." tidak dapat aku tahan air mata ini.. akhirnya air jernih mengalir membasahi pipiku.. aku tidak mampu berbuat apa2.. hanya menitiskan air mata dan diiringi kekesalan hidup..

"awk.. saya nak kerja.. saya x nak berhenti kerja.. tapi kenapa doktor dh x bagi sy kerja???" doktor dh buat surat untuk saya.. esk doktor akan bagi dekat company.. awk.. pe sy nak buat???
berat kata-kata untuk ku luahkan.. bersama esakan tangisan yang semakin rancak.. sebak..


100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Ya Allah.. Ya Tuhan.. apa harus ku buat?? hanya engkau yang mengetahui segala-galanya.. kuatkan semangat hamba2Mu yang berada di dalam kesulitan.. tempatkan kami di kalangan orang-orang yang beriman.. amin...

Sunday, March 27, 2011

aKu & giTar buRuk..

JoM kite gorennngggg....


Akhirnya gitar kesayangan ku ini berada di dalam dakapan ku kembali..

Posing bersama gitar kesayangan..





zAman bEkErja..

Alhamdullilah.. selepas finished my degree n segala professional courses.. akhirnya tiba zaman mencari duit utk survive.. baru tau bertapa susah nak cari duit.. tanpa family disisi.. terkontang kanting mencari rezeki dengan hanya bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah cafe makanan pagi.. RM12 SEHARI tu je yang aku guna untuk makan.. menyambung nyawa.. (hahahaha.. tragis sgt nih..) sesungguhnya Tuhan tak akan menguji hamba nya melebihi batas keupayaannya.. cam graduan2 yang lain sibuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.. begitu juga aku.. berbekalkan bachelor degree of health admin.. aku cube intai peluang2 pekerjaan di sector2 kesihatan..tapi mungkin bukan rezeki ku.. beberapa hospital aku cuba tapi malangnya semua memerlukan pengalaman kerja yang banyak.. at least more than 2 years.. tapi tak pe.. aku cuba lagi dan alhamdullilah sekarang aku bersyukur dengan rezeki yang Tuhan berikan..

Kini aku sibuk bekerja.. kadang terlupa sesuatu yang penting yang harus ku buat.. aku jadi alpa seketika.. ibadah ku jadi kurang.. sedangkan aku banyak dosa.. sehinggakan aku rasa hina pada diri sendiri.. kenapa aku begitu mementingkan duniawi??? betol manusia cepat berubah bila dilimpahi kesenangan.. aku tidak mahu jadi seperti itu.. aku cuma mahu menjadi hamba yang taat setia kepada Tuannya.. YA Allah ampuni segala dosaku.. setiap hari aku melihat balasan diatas semua dosaku..

Niatku betol2 terpesong.. dulu aku gigih bekerja.. semua masa ku hanya untuk kerja.. itu lah satu2 caranya untuk aku ubat kesunyian dalam diri.. tapi kini aku sedar.. cara aku itu salah.. aku abaikan semuanya.. dari kehidupan sehingga kesihatan.. Ya Tuhan berikan aku pertunjuk dan hidayahMu.. lindungi aku dari Kesesatan.. peNuhi cahaya keimanan dalam kehidupanku.. sesungguhnya hanya Engkau yang maha besar yang mengetahi segala-galanya.. amin...