Monday, August 13, 2012

MINTA BERPOLIGAMI......

Berpoligami.. tanyalah mana2 perempuan.. pasti dikatakan berpoligami adalah sesuatu yang berat untuk di terima..tapi tidak bagi kaum adam.. berpoligami begitu indah buat mereka... memang Islam tidak mengharamkan berpoligami malah sebagai contoh Rasullullah s.a.w juga terlibat dengan poligami.. setelah khadijah, isteri pertama rasullullah meninggal dunia.. bermula lah episod poligami di dalam hidup baginda.. tetapi konsep poligami Rasullulah adalah untuk membantu balu2 dan menjaga kebajikan mereka..

Tapi tidak pada zaman sekarang.. percaya berpoligami bagi lelaki sekarang lebih berlandaskan nafsu.. sebagai contoh.. cerita seniman bujang lapok.. lakonan Allahyarham P. Ramlee, Pak Ajis, & Pak Sudin dimana jiran sebelah bilik mereka bergaduh kerana mendapati sisuami menikahi perempuan lain.. yang lebih muda & cantik.. alasan yang di berikan "mengikut sunnah nabi".. tapi bila di ajukan soalan berkenaan solat & puasa langsung tidak diikuti.. nah.. begini lah yang dikatakan mengikut nafsu.. boleh ker seseorang wanita menerima itu semua?????

Jauh disudut hatiku untuk melanggar perintah yang maha esa.. pernah aku memberitahunya bahawa aku tidak kesah untk si dia berkahwin melebihi satu.. tapi itu bukan maksud aku untuk berpoligami.. aku mengidamkan hidup berumah tangga seperti khadijah.. hanya seorang yang dicintai rasullullah dan cintanya hanya untuk baginda... ini bukan maksudku untuk menentang berpoligami sekaligus menidakkan hukum Allah s.w.t..

Ingin aku perjelaskan.. "aku tidak mengizinkan kamu (suamiku) untuk menikah lain jika aku masih mampu zahir dan batin.. dan selagi hayatku masih ada..kecuali aku keuzuran.. tidak mampu zahir dan batin dan aku sudah tiada di dunia ini lagi.. maka kamu (suamiku) boleh menikahi sebanyak mana perempuan yang kamu mahu..

p/s : awk.. sy x tau pe yg dimaksudkan awk itu satu gurauan ataupun bukan.. tapi hati saya sangat sakit bila awk mengatakan.. "bulan2 pose ni saya tengok awek2 come2 belaka.. awk sy nk kawin 4 boleh??"

awk.. saya tak teragak2 untuk meninggalkan awk selepas ini jika persoalan sebegini timbul lg...

No comments:

Post a Comment