Saturday, September 8, 2012

FORGET...

Mula-mula hati ni disakiti.. perhubungan dikhianati.. rase macam hidup ni gelap.. terasa sebak.. sakit.. tiap detik.. waktu.. air mata menemani siang malam ku.. Pendustaan yang dilakukan membuat hidupku merundum.. aku ubati hati dengan penuh rasa kebencian.. menanam rasa benci aku padanya membuatkan aku lebih kuat.. berjanji pada diri.. tidak akan sesekali memaafkan dirinya.. tidak akan..

Hadirnya dia membuatkan aku terlupa kesedihan yang ada.. dia memberiku kasih sayang.. perhatian yang cukup bermakna..aku mula belajar untuk membalas kasih dan sayang yang diberikan.. bahgia aku bersamanya tidak lama.. masih ada sesuatu halangan yang dirahsiakan.. makin lama hubungan makin pudar.. dia seolah-olah menghindar.. mungkin selama ini dia tidak sedar akan keterlanjuran menyayangi aku.. sehingga di satu saat sesuatu telah menyedarkan dia tentang sesuatu hakikat.. sekali lagi..hati ini telah di sakiti.. kali ini rasa lebih sakit.. kerna kesakitan yang diberi tanpa sebab dan alasan.. sehinggakan aku terfikir yang aku sememangnya tidak layak didampinginya.. sekali lagi cuba bangkit.. tapi kali ini aku tidak dapat mengunakan kebencian sebagai jalannya untuk aku bangun.. sebab tiada kecurangan atau pendustaan.. bagaimana hendak aku bangkit???? akhirnya.. aku menyalahkan diri ku sendiri.. saat itu aku merasakan diriku sangat hina.. sememangnya aku tidak layak untuk dirinya.. aku mengajar hati ini untuk melepaskan cinta.. sakit.. memang sakit.. tiada jalan lain lagi.. bak kata orang.. mencintai tak seharusnya memiliki..



Di dalam setiap doa ku mengharapkan dia bahagia.. aku cuba untuk jadi teman yang setia.. biar pun hanya teman yang berada di sisinya waktu dia di dalam kesunyian..  aku redha.. Ya Tuhan.. kau tidak akan menguji seseorang itu diluar kemampuannya.. jika ini ujian Mu kepadaku,, aku terima Ya Allah.. cuma aku mengharapkan kau mengizinkan aku untuk selalu bersamaMu SELAMANYA...



No comments:

Post a Comment