Thursday, October 11, 2012

Pelayaran Hidup..

Pujangga pernah berkata
Apabila fajar menyinsing
maka kehidupan baru pun bermula..

Semalam yang penuh dengan warna-warna
suka dan duka
lalu kita himpunkan bersama menjadi
satu pengalaman untuk mendewasakan kita

Umpama sebuah bahtera
yang membawa bekalan menuju ke pelabuhan
Bagaikan air pasang surut silih berganti
merupakan suatu pencarian
terasa puas apabila berjaya
namun mudah putus asa apabila gagal..

Matahari yang tadinya cerah pantas bertukar warna
macam buah pinang masak
kicauan burung-burung nan riang
melagukan irama merdu sudah tidak kedengaran lagi
sebaliknya pulang semula kesarang..

langit pun kelabu
senja pelahan lahan menampakkan diri
memberi laluan kepada malam yang bakal menjelma tak lama lagi..

tapi pernah kan kita bertanya pada diri
berapa banyakkah pahala dan dosa yang kita himpun sepanjang pelayaran ini??
sudah cukupkah bekalan untuk dibawa ke penghujung pelayaran nanti??

Kehidupan sudah menjadi ketetapan Tuhan..
bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian..



No comments:

Post a Comment